Sunday 16 September 2012

Keinsafan di Bumi EDO

Assalamualaikum...
Lamanya tak update blog! Macam dah berkurun, berabad sebab busy dengan trial stpm. Alhamdulillah...dah abis sumanya. And now...count on the real stpm in november. just around the corner, right? sangatlah takot!

Library sekolah ada buat macam2 pertandingan sebelum aku seat trial exam. Ada traditional games - congkak, batu seremban, cipta somthing dari benda yang terbuang, sudoku, sahibba and others. Aku participate create puisi. hahhaa... Macam tak percaya jaaa... Udahlah tak dak bakat, gagah jugak nak masuk. Saja cuba nasib. Mana tau kot2 menang. Kan? Hihi... Aku ingat kalu menang, aku nak publish kat blog.

So...menang ka tidak wei?

Hmm...dak pun. Sikit pon aku tak menang. Tapi takpa. Aku boleh try lagi kan? Before we win or achieve something, we will lost first. Bagi aku, kekalahan dan kesilapan ialah guru yang terbaik tuk kita capai sesuatu kejayaan. Dari kesilapan dan kekalahan, kita dapat experience tuk perbaiki something ke arah yang lebih baik.
So, walaupun kalah, aku tetap gak nak publish puisi aku tu. Haha... Yalah...penat jugak aku perah otak  siang malam pagi petang nak siapkan puisi ni. Agak seksa laa jugak..

Rupa2nya...aku menang laa! Yeah! Thanks bebanyak. Alhamdulillah...dpt hadiah, dpat naik stage. hihi..

Tema puisi aku- keinsafan / nur hidayah. Bagi aku, nak bikin satu puisi bukan mudah. Pepayah laa jugak bagi aku yang tak berapa nak ada bakat nak berpujangga. Masalah aku...nak buat mukadimah puisi amatlah payah sepayah buat pendahuluan karangan. Otak aku akan bagi idea tuk isi dulu. Hat mukadimahnya, otak kena proses beberapa saat campur minit tuk hasilkan satu pendahuluan yang benar2 mantOp. Nak tarik perhatian pembaca, hat mukadimah kena A+. Bukan aku yang cakap, tapi cikgu bahasa yang cakap.

Tuk pemula puisi, otak aku dapat ilham dari satu drama yang diimport dari Thai, Hiroshima Sky. Tahu enggak drama tu? Sapa yang penah tengok, mesti tau. Hat tak penah tengok, boleh scroll down tengok gambar hero, heroin yang menjayakan drama yang ditayangkan dekat NTV7 jam 10 pagi rasanya.


Sumber : Google

Aku suka tengok pompuan tu. Cumel tambah2 bila sengih :) Tapi...pelik bila pikiaq2 balik. Apa kaitan plak cita cinta dengan tema puisi aku? Hiroshima Sky tu just jadi idea tuk latar tempat ja. Sabit tu ada sakura lah, Masjid Kobe-masjid tertua di Jepun. 


Masjid Kobe

Word "Edo" plak dapat idea masa aku baca novel Hatiku di Harajuku karya Ramlee Awang Mursyid, novelis thriller no. satu di Malaysia. Bila baca novel tu, baru aku tau Edo tu Jepun. Ada peluang ni, aku nak suggest dekat sapa2 yang x baca lagi Hatiku di Harajuku, silalah baca. Sangatlah menarik, tertarik lagi Da Bomb. (Haha..nyempat lagi noh aku nie dok promote kat sini) Sahabat aku baca sampai masuk dalam mimpi dia. Memang dahsyat!

Ada ilham tterbang mai masa aku tengah belajar. Memang aku tak fokus sebab asyik dok pikiaq nak siapkan puisi sulung aku yang sangat agung pada pandangan dan takrifan aku. Haha... So, tanpa membuang masa lagi, sila hayati puisi / sajak / apa2 saja yang sewaktu dengannya. Anda boleh tinggalkan komen yang membina lagi bernas dan positif tuk aku lagi hebat dalam berpuisi ni :)

Langkahanku melewati guguran kelopak sakura
Tenang menyusuri
ditemani angin pagi yang berpuput lembut
Perlahan-lahan menghambat pergi
segala sang cobaan yang tertimpa
di atas pundak

Berat fikiran selama ini
menjadi lapang seluas langit
Bebas dari kedustaan dunia moden
Tika ini...
Terucap kalimah "Allah"...
Ya Allah dan Ya Allah...
Ucapan yang cukup beku
meniti di bibir sebelum tiba saat ini

Tersingkap kembali layar kehidupan masa lalu
yang karam benar
dalam lautan hiburan dunia yang tidak bertepi
Yang penuh noda dan kedosaan
Yang berkompaskan hawa nafsu
Yang alpa untuk sujud kepada Tuhan Yang Esa

Allah...
Mata terpejam
dan teralir titisan jernih keinsafan tanpa dipinta
Terus mengalir hingga terdengar 
hati berbisik-bisik agar
Masjid Kobe di seberang dijejak
mengharap keampunan dari Ilahi.