Sunday, 22 April 2018

Pilihan

Hilal Asyraf dalam Simfoni Cinta (m/s 34):

"Manusia suka memarahi Tuhan,
 mengapa jadikan hidupnya begitu dan begini,
 tetapi sering terlupa bahawa padanya ada pilihan,
 untuk berusaha menjadi lebih baik,
 atau statik pada ketentuan Tuhan."

Begitulah aku pada awalnya terjadi episod yang buat hati luka hingga kini. Mungkin aku tidak memarahi Tuhan, tapi aku mempersoalkan,

"Kenapa jadi macam ini? Bukan ini yang aku mahukan. Kenapa aku susah nak terima, susah nak redha dengan apa yang Allah dah tentukan? Bukan kah apa yang Allah tentukan itu lagi terbaik dari apa yang aku rancang?" Banyak soalan dan tanda tanya, dan di setiap jawapan tu...in shaa Allah...aku jumpa jawapannya. Tetapi tak tahu kenapa, pada setiap ingatan dan akhir persoalan, jawapan itu beserta dengan tangisan. Mungkin menangis sebab menyesal buat dan decide perkara-perkara bodoh. Mungkin juga sebab malu dengan kawan-kawan or sapa-sapa sahaja yang tahu pasal episod tu. Mungkin juga sebab degil tak nak ikut naluri hati yang dah lama bagi hint pasal akhir episod tu. Terlalu banyak sebab dalam satu masa yang buat aku menangis macam orang gila kadangnya. Tahu yang menangis tu boleh buat apa yang ditanggung terasa hilang dari diri, tapi...sampai bila? Buat penat jiwa, emosi dan hati pon terdera bukan? 

Teringat kata-kata Kak Ainyy Zain,

"Yakin yang Allah itu sangat baik.
 Kalau awak bersedih macam ni,
 awak tak akan nampak hikmah.
 Sebab awak sendiri biarkan diri awak
 dalam keadaan macam ni."

Kak Ainyy Zain ada kata juga,

"Sentiasa positif.
 Sangka baik dengan tiap Allah dah tentukan."

"Yakin Allah punya rencana yang lebih baik.
 Mungkin bila awak bersama dia,
 awak tak boleh jadi awak yang baik, diri awak sendiri."

Yaa. Bila difikir kembali, ada benar apa yang Kak Ainyy Zain cakapkan tu. Boleh jadi juga aku akan jadi penyebab kepada dia untuk pilih jalan yang tak baik. Dan boleh jadi juga, jauh ke dalam hati, dia tak benar-benar rasa bahagia bila bersama-sama dengan aku. Dan...banyak lagi sebab lain yang pada aku...biarlah aku simpan.

Dan kini...episod itu masih lagi aku biarkan terlayar di skrin hidup aku. Dan dia sudah punya episod baru yang lebih menarik dan bahagia, yang pada aku...mungkin itulah yang dia cari selama ini. Cinta dan setia kepada si dia, dan bukannya kepada aku.

Aku sendiri pun bengong kadangnya bila fikir macam mana nak move on. Move on yang aku mahu bukannya dengan bertemu cinta baru, tapi untuk benar-benar rasa redha dan gembira dengan apa yang Allah dah atur dengan hidup aku. Itu definisi move on aku.

Tapi...aku sendiri pun tahu yang semua itu hanya tipu. Walau ada rasa takut dan trauma, tapi still...aku inginkan someone special to heal my wound. Someone yang boleh sama-sama dengan aku untuk tempuh dugaan hidup. Someone yang boleh sama-sama usaha dengan aku untuk wujudkan rasa bahagia sampai ke syurga Dia. Someone yang sentiasa letak nama aku dalam doa dia dan...banyak lagi perkara bahagia yang tika ini hanya mampu aku angankan. Tak mustahil kan, apa yang diangankan itu bisa jadi kenyataan? Tapi...kena ada usaha dan doa bukan? Bukan sekali dua, tapi berkali-kali. Dan inilah yang tuntut diri untuk terus sabar, sabar dan sabar.

Ya. Berkata memang mudah. Tapi nak laksana itu agak payah.
Tapi...macam Hilal Asyraf cakap,

"...bahawa padanya ada pilihan, untuk berusaha menjadi lebih baik atau statik pada ketentuan Tuhan."

Jadinya, pilihan diri sekarang ini...terus berusaha ubah diri jadi lebih baik sebagai hamba Dia, anak mama abah, family dan sahabat-sahabat. Bila usaha, sekalikan dengan doa. In shaa Allah...tanpa kita jangka, Allah akan temukan aku dengan jodoh yang Dia telah tentukan untuk aku.

"Jangan pernah putus doa.
 Doa tu senjata kita.
 Senjata paling mujarab.
 Allah pun kadang nak tengok 
 kita ni letak harapan pada siapa sebenarnya 
 Dia atau makhluk yang Dia cipta?"
 Ainyy Zain (2018)

Wednesday, 10 January 2018

Chapter 2017-Part 1

Tahun 2017 penuh dengan wedding kawan-kawan. Dalam diam, tanpa ada cerita tentang cinta (mungkin juga aku yang tak perasan 😂), they sent me invitations via social media. I got a ton of wedding invitations, mostly among schoolmates in Kedah. T__T Cried inside while congratulating them. Sebab tak sangka dah makin dewasa, yang mana ramai dah masuk fasa yang dah ada kerjaya, getting married, having kid and kids. And me...? Still looking for Jaded, ey? ジ

Jadinya aku lihat:

Rezeki mereka dapat bertemu dengan soulmate yang soleh/solehah.
Rezeki mereka dapat mendirikan rumah tangga dan punya anak lebih awal.
Rezeki mereka dapat kembara dunia, menakluki puncak bukit/gunung.
*Tetiba...random. Sebab emo. Semua benda yang aku minat dan suka buat, aku payah nak capai. Hahah...

Rasa sendu dan memang down bila tengok life orang lain. Teruk kan pemikiran aku. Nampak sangat aku ni jenis orang yang tak reti nak bersyukur. Jadinya, aku tenangkan diri dengan cuba stop or at least control diri dari membandingkan my own journey of life with other's life. So, apa yang aku buat...imbas kembali segala scene hidup yang terpapar sepanjang tahun 2017.

Alhamdulillah...tiga bulan pertama Allah beri peluang untuk aku kutip pengalaman kerja di playschool. Aku terima offer dengan penuh rasa gumbira. Barangkali, excited sebab first time aku kerja. Yaa...kali pertama aku bekerja. Sounds like aku ni macam anak manja, tak pernah kerja part time lepas SPM, STPM and bla bla bla. Alright...malas nak cerita panjang.

Berbalik kepada pengalaman kerja di playschool, memang gaji yang aku terima sangat sikit. Tapi aku tak ambil kisah sebab itu jadi peluang terbaik untuk aku 'lari' dari terus terfikir tentang sedih yang aku dah alami since hujung tahun 2016. Kononnya, dengan harapan bila dah busy kerja, balik rumah terus tidur. But still...struggle juga nak heal the wound. Huhu...

Aku satu-satunya pekerja di playschool memandangkan playschool milik kawan kepada kakak aku baru saja ditubuhkan. Datang buka playschool dalam jam 7 pagi dan balik dalam jam 6 petang, lima hari setiap minggu memang memenatkan. Jaga anak-anak yang berusia dua hingga empat tahun was not an easy job to do. Main, bacakan buku (bercerita), teach them how to identify things, doing fun activities - coloring, painting, singing, cinema time (they love watching Minion, and Minion and Big Hero). 

Lunch time paling chaos. Sebab aku juga kena hidang makanan, aku juga kena pantau anak-anak makan, aku juga kena tolong basuhkan tangan anak-anak, aku juga kena kemaskan segala sepah lepas anak-anak habis makan. Then, buat susu dan tidurkan anak-anak. Time tidur tengah hari lah yang paling best. Sebab aku pun boleh rehat sekali. Hehe... Bila anak-anak dah bangun, they sit for their tea-time. Biscuits or banana cake or doughnuts or banana fritters with tea or milo memang session yang best untuk anak-anak dan aku juga to enjoy our evening. Yeah you know...I love eating and eating 😃

Then, aku akan mandikan anak-anak, tukar baju baru, sikat rambut bagi comel, letak bedak sikit bagi wangi and they were ready to go home. Itulah rutin yang aku buat almost tiga bulan kerja di playschool. Walaupun penat, but when they kiss and hug me dan salam tangan bila nak balik, it's the best thing. Their sincere action capable to warm my heart and shine my gloomy and stressful day, and that's make me smile brightly ã‚·

But still...aku stress, depress dengan apa yang jadi hujung tahun 2016 tu. Kadangnya, aku akan share dengan bos aku. Rasa bersyukur sangat dapat bos yang sangat baik dan memahami. Bos tak letak gap, walaupun aku ni just pekerja dia. Bos selalu bagi semangat, nasihat dan share her experience. Bos faham yang aku perlukan masa untuk move on. Yaa...aku perlukan masa... Dan bos selalu juga bagi something sebagai hadiah dan belanja makan. Pernah juga bos bawa aku pergi kursus berkaitan kewangan dan rumah kawan dia kat Penang. Memang best. Sebab rasa bukan macam bos, tapi dah macam kakak sendiri :)


The episode of "Working at a Playschool" ended when I received a job offer from Putrajaya.
To be continued...

Wednesday, 18 October 2017

Tentang Aku Kini

10 Oktober 2017...

Aku kembali ke office setelah seminggu bercuti di kampung. Alhamdulillah...masih diberi kesempatan untuk belajar dan mengambil pengalaman bekerja di Kementerian. Enam bulan bekerja kontrak masih belum cukup untuk aku wujudkan keyakinan dalam diri; masih terasa diri tidak cukup penting dan tidak dapat menyumbang kebaikan pada organisasi. Aku down dengan diri sendiri sebab tak cukup hebat untuk perform macam orang lain. 

Jika aku terus macam ni, macam mana nak kerja dengan company hebat? Macam mana nak kerja bawah bos yang kerek? Macam mana?? :/

Tentang hati dan perasaan, bagi aku kira banyak lah yang better dari sebelum ni. Jarang sangat dah nak nangis2 macam dulu. Mungkin...dalam tempoh aku heal the wound, Allah temukan aku dengan a few persons yang tetiba hadir dan ada juga yang kembali hadir. Ada yang okay, dan ada yang tak berapa okay. Apa pun, mereka hadir either as a blessing or a lesson or maybe both

Start bulan lepas kalau tak silap, aku rasa keadaan tulang belakang makin teruk. Mungkin sebab aku pakai heels dan duduk lama mengadap komputer di pejabat, tapak kaki kiri aku pedih dan sakit bila berjalan lama-lama. Sampaikan masa jalan-jalan dengan sahabat aku masa Hari Peladang kat Maeps, kaki kiri aku cramp L Seingat aku, masa join program di Royal Belum, memang tak rasa apa2 pun pada tapak kaki kiri. Keadaan makin teruk lepas aku balik naik bas. Memang totally rasa lenguh teramat sangat. Other than that, aku noticed yang sekarang aku cepat penat. Rasa semput. Bila buat medical checkup hari tu, doktor pun tegur kenapa kadar nadi aku agak laju. Mungkin related dengan masalah skoliosis aku. 

So, nak tak nak, aku kena spend duit untuk treatment chiropractic. Kena rajin pergi buat rawatan. Kalaupun tak dapat nak sembuh 100 peratus sepenuhnya, but at least I try my best to get a healthy body. 

Sebab badan yang mudah dan cepat letih tu lah buat aku tak rasa semangat nak join hiking macam dulu2. Last hiking kat Gunung Irau sebelum kita semua puasa. Rindu sangat nak tawan puncak bukit/gunung. Tapi dengan keadaan sekarang memang cari pasal kalau tetap degil nak pergi. Mungkin boleh, tapi kena warm up badan dengan bukit2 yang rendah dan tak berapa mencabar kekuatan fizikal. Persoalannya...bila nya aku boleh join hiking semula?