Sunday 22 April 2018

Pilihan

Hilal Asyraf dalam Simfoni Cinta (m/s 34):

"Manusia suka memarahi Tuhan,
 mengapa jadikan hidupnya begitu dan begini,
 tetapi sering terlupa bahawa padanya ada pilihan,
 untuk berusaha menjadi lebih baik,
 atau statik pada ketentuan Tuhan."

Begitulah aku pada awalnya terjadi episod yang buat hati luka hingga kini. Mungkin aku tidak memarahi Tuhan, tapi aku mempersoalkan,

"Kenapa jadi macam ini? Bukan ini yang aku mahukan. Kenapa aku susah nak terima, susah nak redha dengan apa yang Allah dah tentukan? Bukan kah apa yang Allah tentukan itu lagi terbaik dari apa yang aku rancang?" Banyak soalan dan tanda tanya, dan di setiap jawapan tu...in shaa Allah...aku jumpa jawapannya. Tetapi tak tahu kenapa, pada setiap ingatan dan akhir persoalan, jawapan itu beserta dengan tangisan. Mungkin menangis sebab menyesal buat dan decide perkara-perkara bodoh. Mungkin juga sebab malu dengan kawan-kawan or sapa-sapa sahaja yang tahu pasal episod tu. Mungkin juga sebab degil tak nak ikut naluri hati yang dah lama bagi hint pasal akhir episod tu. Terlalu banyak sebab dalam satu masa yang buat aku menangis macam orang gila kadangnya. Tahu yang menangis tu boleh buat apa yang ditanggung terasa hilang dari diri, tapi...sampai bila? Buat penat jiwa, emosi dan hati pon terdera bukan? 

Teringat kata-kata Kak Ainyy Zain,

"Yakin yang Allah itu sangat baik.
 Kalau awak bersedih macam ni,
 awak tak akan nampak hikmah.
 Sebab awak sendiri biarkan diri awak
 dalam keadaan macam ni."

Kak Ainyy Zain ada kata juga,

"Sentiasa positif.
 Sangka baik dengan tiap Allah dah tentukan."

"Yakin Allah punya rencana yang lebih baik.
 Mungkin bila awak bersama dia,
 awak tak boleh jadi awak yang baik, diri awak sendiri."

Yaa. Bila difikir kembali, ada benar apa yang Kak Ainyy Zain cakapkan tu. Boleh jadi juga aku akan jadi penyebab kepada dia untuk pilih jalan yang tak baik. Dan boleh jadi juga, jauh ke dalam hati, dia tak benar-benar rasa bahagia bila bersama-sama dengan aku. Dan...banyak lagi sebab lain yang pada aku...biarlah aku simpan.

Dan kini...episod itu masih lagi aku biarkan terlayar di skrin hidup aku. Dan dia sudah punya episod baru yang lebih menarik dan bahagia, yang pada aku...mungkin itulah yang dia cari selama ini. Cinta dan setia kepada si dia, dan bukannya kepada aku.

Aku sendiri pun bengong kadangnya bila fikir macam mana nak move on. Move on yang aku mahu bukannya dengan bertemu cinta baru, tapi untuk benar-benar rasa redha dan gembira dengan apa yang Allah dah atur dengan hidup aku. Itu definisi move on aku.

Tapi...aku sendiri pun tahu yang semua itu hanya tipu. Walau ada rasa takut dan trauma, tapi still...aku inginkan someone special to heal my wound. Someone yang boleh sama-sama dengan aku untuk tempuh dugaan hidup. Someone yang boleh sama-sama usaha dengan aku untuk wujudkan rasa bahagia sampai ke syurga Dia. Someone yang sentiasa letak nama aku dalam doa dia dan...banyak lagi perkara bahagia yang tika ini hanya mampu aku angankan. Tak mustahil kan, apa yang diangankan itu bisa jadi kenyataan? Tapi...kena ada usaha dan doa bukan? Bukan sekali dua, tapi berkali-kali. Dan inilah yang tuntut diri untuk terus sabar, sabar dan sabar.

Ya. Berkata memang mudah. Tapi nak laksana itu agak payah.
Tapi...macam Hilal Asyraf cakap,

"...bahawa padanya ada pilihan, untuk berusaha menjadi lebih baik atau statik pada ketentuan Tuhan."

Jadinya, pilihan diri sekarang ini...terus berusaha ubah diri jadi lebih baik sebagai hamba Dia, anak mama abah, family dan sahabat-sahabat. Bila usaha, sekalikan dengan doa. In shaa Allah...tanpa kita jangka, Allah akan temukan aku dengan jodoh yang Dia telah tentukan untuk aku.

"Jangan pernah putus doa.
 Doa tu senjata kita.
 Senjata paling mujarab.
 Allah pun kadang nak tengok 
 kita ni letak harapan pada siapa sebenarnya 
 Dia atau makhluk yang Dia cipta?"
 Ainyy Zain (2018)