Sunday, 16 September 2012

Keinsafan di Bumi EDO

Assalamualaikum...
Lamanya tak update blog! Macam dah berkurun, berabad sebab busy dengan trial stpm. Alhamdulillah...dah abis sumanya. And now...count on the real stpm in november. just around the corner, right? sangatlah takot!

Library sekolah ada buat macam2 pertandingan sebelum aku seat trial exam. Ada traditional games - congkak, batu seremban, cipta somthing dari benda yang terbuang, sudoku, sahibba and others. Aku participate create puisi. hahhaa... Macam tak percaya jaaa... Udahlah tak dak bakat, gagah jugak nak masuk. Saja cuba nasib. Mana tau kot2 menang. Kan? Hihi... Aku ingat kalu menang, aku nak publish kat blog.

So...menang ka tidak wei?

Hmm...dak pun. Sikit pon aku tak menang. Tapi takpa. Aku boleh try lagi kan? Before we win or achieve something, we will lost first. Bagi aku, kekalahan dan kesilapan ialah guru yang terbaik tuk kita capai sesuatu kejayaan. Dari kesilapan dan kekalahan, kita dapat experience tuk perbaiki something ke arah yang lebih baik.
So, walaupun kalah, aku tetap gak nak publish puisi aku tu. Haha... Yalah...penat jugak aku perah otak  siang malam pagi petang nak siapkan puisi ni. Agak seksa laa jugak..

Rupa2nya...aku menang laa! Yeah! Thanks bebanyak. Alhamdulillah...dpt hadiah, dpat naik stage. hihi..

Tema puisi aku- keinsafan / nur hidayah. Bagi aku, nak bikin satu puisi bukan mudah. Pepayah laa jugak bagi aku yang tak berapa nak ada bakat nak berpujangga. Masalah aku...nak buat mukadimah puisi amatlah payah sepayah buat pendahuluan karangan. Otak aku akan bagi idea tuk isi dulu. Hat mukadimahnya, otak kena proses beberapa saat campur minit tuk hasilkan satu pendahuluan yang benar2 mantOp. Nak tarik perhatian pembaca, hat mukadimah kena A+. Bukan aku yang cakap, tapi cikgu bahasa yang cakap.

Tuk pemula puisi, otak aku dapat ilham dari satu drama yang diimport dari Thai, Hiroshima Sky. Tahu enggak drama tu? Sapa yang penah tengok, mesti tau. Hat tak penah tengok, boleh scroll down tengok gambar hero, heroin yang menjayakan drama yang ditayangkan dekat NTV7 jam 10 pagi rasanya.


Sumber : Google

Aku suka tengok pompuan tu. Cumel tambah2 bila sengih :) Tapi...pelik bila pikiaq2 balik. Apa kaitan plak cita cinta dengan tema puisi aku? Hiroshima Sky tu just jadi idea tuk latar tempat ja. Sabit tu ada sakura lah, Masjid Kobe-masjid tertua di Jepun. 


Masjid Kobe

Word "Edo" plak dapat idea masa aku baca novel Hatiku di Harajuku karya Ramlee Awang Mursyid, novelis thriller no. satu di Malaysia. Bila baca novel tu, baru aku tau Edo tu Jepun. Ada peluang ni, aku nak suggest dekat sapa2 yang x baca lagi Hatiku di Harajuku, silalah baca. Sangatlah menarik, tertarik lagi Da Bomb. (Haha..nyempat lagi noh aku nie dok promote kat sini) Sahabat aku baca sampai masuk dalam mimpi dia. Memang dahsyat!

Ada ilham tterbang mai masa aku tengah belajar. Memang aku tak fokus sebab asyik dok pikiaq nak siapkan puisi sulung aku yang sangat agung pada pandangan dan takrifan aku. Haha... So, tanpa membuang masa lagi, sila hayati puisi / sajak / apa2 saja yang sewaktu dengannya. Anda boleh tinggalkan komen yang membina lagi bernas dan positif tuk aku lagi hebat dalam berpuisi ni :)

Langkahanku melewati guguran kelopak sakura
Tenang menyusuri
ditemani angin pagi yang berpuput lembut
Perlahan-lahan menghambat pergi
segala sang cobaan yang tertimpa
di atas pundak

Berat fikiran selama ini
menjadi lapang seluas langit
Bebas dari kedustaan dunia moden
Tika ini...
Terucap kalimah "Allah"...
Ya Allah dan Ya Allah...
Ucapan yang cukup beku
meniti di bibir sebelum tiba saat ini

Tersingkap kembali layar kehidupan masa lalu
yang karam benar
dalam lautan hiburan dunia yang tidak bertepi
Yang penuh noda dan kedosaan
Yang berkompaskan hawa nafsu
Yang alpa untuk sujud kepada Tuhan Yang Esa

Allah...
Mata terpejam
dan teralir titisan jernih keinsafan tanpa dipinta
Terus mengalir hingga terdengar 
hati berbisik-bisik agar
Masjid Kobe di seberang dijejak
mengharap keampunan dari Ilahi.

Sunday, 13 May 2012

keBimbangaN | RESDUNG! - seteru utama aku

assalamualaikum...first of all, entry ni cuma luahan hati aq pasal kesihatan diri yang makin merosot. salah satu masalah yang aku kena selesaikan dengan cepat : RESDUNG. oh god...dulu aq anggap benda ni remeh ja. ringan ja n tak akan jadi kronik. but...i was wrong. makin lama, resdung makin bermaharajalela di tubuh badan aku ni. aiyak...bila jadi resdung, jerawat pon makin lama makin hebat di muka aku ni. tensyen tak ada tahap. geram sungguh ni.

masa jawab exam tadi, aku macam terganggu sikit ngan apa yang kawan aku cita pasal effect resdung ni. ya Allah...takotnya aku sampai runsing. bila runsing, abis sakit pala aq. nasib baik laa, aku boleh gagah juga jawab BM2.

kawan aq penah marah aku sebab aku tak pergi berubat. dia cakap, kawan dia penah masok wad sebab resdung. Allah...terkejut aq bila dengaq dya cakap macam gitu. ada orang kena operate n aq? x mao operate lah...takot. last2, kengkawan aq suggest satu tempat nie. ustaz yang rawat. guna ayat2 Al-Quran n kaedah tradisional. so, aq terpaksa ajak mama pergi situ. kalu mama tak bley, i need to force my frenz to accompany me. hihi...

resdung aq nie bukan ja menyebabkan jerawat kat muka aku yang cumel nie, hahah..ayat tak bley blah. okeyh2..smbung balik. bila bersin plak, sakit tekak2 aku. hidung jadi sebu, kembang abis. kalah kembang semangkuk. hahhaa.. then, kalu sampai terok lagi, luka abis hidung aq. aduhh...nasib baik tak sampai meleleh2 darah kluaq. kalu jadi gitu, mao pengsan aq. then again, bila trlampau kerap bersin, akan rasa mcm demam. tp, tak demam sbnaqnya. sakit kpla gila2 punya.

allergic aku nie memang terok sebab aq kena sejak umoq 3 tahun rasanya. seafood memang tak leh makan lngsong. ayam, daging tak leh makan. just ikan yang bley makan. tue pon, kena hat fresh betoi. kalu dak, bukan tkat bersin dr pagi smpai ke petang, tp gatal abis mata2 aku. thats why laa, mata aku tak bersinar macam mata Maya Karin. biaq p lah aku makan smpai beribu-ribu botol inner shine, tak kan shine2 punyalah mata aku ni. senang ctanya, aq kena jd vegetarian. oh god... aq dah laa tak bapa suka sangat makan sayur.

walaupun aku allergic seafood, tp kadang2 aku bantai makan ja. gila kot. tak tahan aku bila tgk orang lain bley makan dengan riang rianya. pmakanan aq kdg2 tu plak mcm mkanan owg dlm pantang. hahah... kiranya aq nie brpantang sbelum berpantang dlm erti yg sebenarnya. :D

bila resdung bley kurang, jerawat pon akan kurang juga. tue pon, aku kena totally pantang benda yang tak bley dimakan di samping amek ubat dari klinik kulit. aduyai...macam2 sungguh aq nie. memang bila dah kluaq u nanti, aku kena cari keja yang hebat, yang bley dapat gaji tinggi. maintenance tuk kesihatan aku dah cecah bapa ribu dah. (tgh menggeleng2kan kpala).. :D

okeyh. i stop here. have a nice day yaa. sekian.