Sunday, 22 April 2018

Pilihan

Hilal Asyraf dalam Simfoni Cinta (m/s 34):

"Manusia suka memarahi Tuhan,
 mengapa jadikan hidupnya begitu dan begini,
 tetapi sering terlupa bahawa padanya ada pilihan,
 untuk berusaha menjadi lebih baik,
 atau statik pada ketentuan Tuhan."

Begitulah aku pada awalnya terjadi episod yang buat hati luka hingga kini. Mungkin aku tidak memarahi Tuhan, tapi aku mempersoalkan,

"Kenapa jadi macam ini? Bukan ini yang aku mahukan. Kenapa aku susah nak terima, susah nak redha dengan apa yang Allah dah tentukan? Bukan kah apa yang Allah tentukan itu lagi terbaik dari apa yang aku rancang?" Banyak soalan dan tanda tanya, dan di setiap jawapan tu...in shaa Allah...aku jumpa jawapannya. Tetapi tak tahu kenapa, pada setiap ingatan dan akhir persoalan, jawapan itu beserta dengan tangisan. Mungkin menangis sebab menyesal buat dan decide perkara-perkara bodoh. Mungkin juga sebab malu dengan kawan-kawan or sapa-sapa sahaja yang tahu pasal episod tu. Mungkin juga sebab degil tak nak ikut naluri hati yang dah lama bagi hint pasal akhir episod tu. Terlalu banyak sebab dalam satu masa yang buat aku menangis macam orang gila kadangnya. Tahu yang menangis tu boleh buat apa yang ditanggung terasa hilang dari diri, tapi...sampai bila? Buat penat jiwa, emosi dan hati pon terdera bukan? 

Teringat kata-kata Kak Ainyy Zain,

"Yakin yang Allah itu sangat baik.
 Kalau awak bersedih macam ni,
 awak tak akan nampak hikmah.
 Sebab awak sendiri biarkan diri awak
 dalam keadaan macam ni."

Kak Ainyy Zain ada kata juga,

"Sentiasa positif.
 Sangka baik dengan tiap Allah dah tentukan."

"Yakin Allah punya rencana yang lebih baik.
 Mungkin bila awak bersama dia,
 awak tak boleh jadi awak yang baik, diri awak sendiri."

Yaa. Bila difikir kembali, ada benar apa yang Kak Ainyy Zain cakapkan tu. Boleh jadi juga aku akan jadi penyebab kepada dia untuk pilih jalan yang tak baik. Dan boleh jadi juga, jauh ke dalam hati, dia tak benar-benar rasa bahagia bila bersama-sama dengan aku. Dan...banyak lagi sebab lain yang pada aku...biarlah aku simpan.

Dan kini...episod itu masih lagi aku biarkan terlayar di skrin hidup aku. Dan dia sudah punya episod baru yang lebih menarik dan bahagia, yang pada aku...mungkin itulah yang dia cari selama ini. Cinta dan setia kepada si dia, dan bukannya kepada aku.

Aku sendiri pun bengong kadangnya bila fikir macam mana nak move on. Move on yang aku mahu bukannya dengan bertemu cinta baru, tapi untuk benar-benar rasa redha dan gembira dengan apa yang Allah dah atur dengan hidup aku. Itu definisi move on aku.

Tapi...aku sendiri pun tahu yang semua itu hanya tipu. Walau ada rasa takut dan trauma, tapi still...aku inginkan someone special to heal my wound. Someone yang boleh sama-sama dengan aku untuk tempuh dugaan hidup. Someone yang boleh sama-sama usaha dengan aku untuk wujudkan rasa bahagia sampai ke syurga Dia. Someone yang sentiasa letak nama aku dalam doa dia dan...banyak lagi perkara bahagia yang tika ini hanya mampu aku angankan. Tak mustahil kan, apa yang diangankan itu bisa jadi kenyataan? Tapi...kena ada usaha dan doa bukan? Bukan sekali dua, tapi berkali-kali. Dan inilah yang tuntut diri untuk terus sabar, sabar dan sabar.

Ya. Berkata memang mudah. Tapi nak laksana itu agak payah.
Tapi...macam Hilal Asyraf cakap,

"...bahawa padanya ada pilihan, untuk berusaha menjadi lebih baik atau statik pada ketentuan Tuhan."

Jadinya, pilihan diri sekarang ini...terus berusaha ubah diri jadi lebih baik sebagai hamba Dia, anak mama abah, family dan sahabat-sahabat. Bila usaha, sekalikan dengan doa. In shaa Allah...tanpa kita jangka, Allah akan temukan aku dengan jodoh yang Dia telah tentukan untuk aku.

"Jangan pernah putus doa.
 Doa tu senjata kita.
 Senjata paling mujarab.
 Allah pun kadang nak tengok 
 kita ni letak harapan pada siapa sebenarnya 
 Dia atau makhluk yang Dia cipta?"
 Ainyy Zain (2018)

Wednesday, 10 January 2018

Chapter 2017-Part 1

Tahun 2017 penuh dengan wedding kawan-kawan. Dalam diam, tanpa ada cerita tentang cinta (mungkin juga aku yang tak perasan 😂), they sent me invitations via social media. I got a ton of wedding invitations, mostly among schoolmates in Kedah. T__T Cried inside while congratulating them. Sebab tak sangka dah makin dewasa, yang mana ramai dah masuk fasa yang dah ada kerjaya, getting married, having kid and kids. And me...? Still looking for Jaded, ey? ジ

Jadinya aku lihat:

Rezeki mereka dapat bertemu dengan soulmate yang soleh/solehah.
Rezeki mereka dapat mendirikan rumah tangga dan punya anak lebih awal.
Rezeki mereka dapat kembara dunia, menakluki puncak bukit/gunung.
*Tetiba...random. Sebab emo. Semua benda yang aku minat dan suka buat, aku payah nak capai. Hahah...

Rasa sendu dan memang down bila tengok life orang lain. Teruk kan pemikiran aku. Nampak sangat aku ni jenis orang yang tak reti nak bersyukur. Jadinya, aku tenangkan diri dengan cuba stop or at least control diri dari membandingkan my own journey of life with other's life. So, apa yang aku buat...imbas kembali segala scene hidup yang terpapar sepanjang tahun 2017.

Alhamdulillah...tiga bulan pertama Allah beri peluang untuk aku kutip pengalaman kerja di playschool. Aku terima offer dengan penuh rasa gumbira. Barangkali, excited sebab first time aku kerja. Yaa...kali pertama aku bekerja. Sounds like aku ni macam anak manja, tak pernah kerja part time lepas SPM, STPM and bla bla bla. Alright...malas nak cerita panjang.

Berbalik kepada pengalaman kerja di playschool, memang gaji yang aku terima sangat sikit. Tapi aku tak ambil kisah sebab itu jadi peluang terbaik untuk aku 'lari' dari terus terfikir tentang sedih yang aku dah alami since hujung tahun 2016. Kononnya, dengan harapan bila dah busy kerja, balik rumah terus tidur. But still...struggle juga nak heal the wound. Huhu...

Aku satu-satunya pekerja di playschool memandangkan playschool milik kawan kepada kakak aku baru saja ditubuhkan. Datang buka playschool dalam jam 7 pagi dan balik dalam jam 6 petang, lima hari setiap minggu memang memenatkan. Jaga anak-anak yang berusia dua hingga empat tahun was not an easy job to do. Main, bacakan buku (bercerita), teach them how to identify things, doing fun activities - coloring, painting, singing, cinema time (they love watching Minion, and Minion and Big Hero). 

Lunch time paling chaos. Sebab aku juga kena hidang makanan, aku juga kena pantau anak-anak makan, aku juga kena tolong basuhkan tangan anak-anak, aku juga kena kemaskan segala sepah lepas anak-anak habis makan. Then, buat susu dan tidurkan anak-anak. Time tidur tengah hari lah yang paling best. Sebab aku pun boleh rehat sekali. Hehe... Bila anak-anak dah bangun, they sit for their tea-time. Biscuits or banana cake or doughnuts or banana fritters with tea or milo memang session yang best untuk anak-anak dan aku juga to enjoy our evening. Yeah you know...I love eating and eating 😃

Then, aku akan mandikan anak-anak, tukar baju baru, sikat rambut bagi comel, letak bedak sikit bagi wangi and they were ready to go home. Itulah rutin yang aku buat almost tiga bulan kerja di playschool. Walaupun penat, but when they kiss and hug me dan salam tangan bila nak balik, it's the best thing. Their sincere action capable to warm my heart and shine my gloomy and stressful day, and that's make me smile brightly ã‚·

But still...aku stress, depress dengan apa yang jadi hujung tahun 2016 tu. Kadangnya, aku akan share dengan bos aku. Rasa bersyukur sangat dapat bos yang sangat baik dan memahami. Bos tak letak gap, walaupun aku ni just pekerja dia. Bos selalu bagi semangat, nasihat dan share her experience. Bos faham yang aku perlukan masa untuk move on. Yaa...aku perlukan masa... Dan bos selalu juga bagi something sebagai hadiah dan belanja makan. Pernah juga bos bawa aku pergi kursus berkaitan kewangan dan rumah kawan dia kat Penang. Memang best. Sebab rasa bukan macam bos, tapi dah macam kakak sendiri :)


The episode of "Working at a Playschool" ended when I received a job offer from Putrajaya.
To be continued...

Wednesday, 18 October 2017

Tentang Aku Kini

10 Oktober 2017...

Aku kembali ke office setelah seminggu bercuti di kampung. Alhamdulillah...masih diberi kesempatan untuk belajar dan mengambil pengalaman bekerja di Kementerian. Enam bulan bekerja kontrak masih belum cukup untuk aku wujudkan keyakinan dalam diri; masih terasa diri tidak cukup penting dan tidak dapat menyumbang kebaikan pada organisasi. Aku down dengan diri sendiri sebab tak cukup hebat untuk perform macam orang lain. 

Jika aku terus macam ni, macam mana nak kerja dengan company hebat? Macam mana nak kerja bawah bos yang kerek? Macam mana?? :/

Tentang hati dan perasaan, bagi aku kira banyak lah yang better dari sebelum ni. Jarang sangat dah nak nangis2 macam dulu. Mungkin...dalam tempoh aku heal the wound, Allah temukan aku dengan a few persons yang tetiba hadir dan ada juga yang kembali hadir. Ada yang okay, dan ada yang tak berapa okay. Apa pun, mereka hadir either as a blessing or a lesson or maybe both. 

Start bulan lepas kalau tak silap, aku rasa keadaan tulang belakang makin teruk. Mungkin sebab aku pakai heels dan duduk lama mengadap komputer di pejabat, tapak kaki kiri aku pedih dan sakit bila berjalan lama-lama. Sampaikan masa jalan-jalan dengan sahabat aku masa Hari Peladang kat Maeps, kaki kiri aku cramp L Seingat aku, masa join program di Royal Belum, memang tak rasa apa2 pun pada tapak kaki kiri. Keadaan makin teruk lepas aku balik naik bas. Memang totally rasa lenguh teramat sangat. Other than that, aku noticed yang sekarang aku cepat penat. Rasa semput. Bila buat medical checkup hari tu, doktor pun tegur kenapa kadar nadi aku agak laju. Mungkin related dengan masalah skoliosis aku. 

So, nak tak nak, aku kena spend duit untuk treatment chiropractic. Kena rajin pergi buat rawatan. Kalaupun tak dapat nak sembuh 100 peratus sepenuhnya, but at least I try my best to get a healthy body. 

Sebab badan yang mudah dan cepat letih tu lah buat aku tak rasa semangat nak join hiking macam dulu2. Last hiking kat Gunung Irau sebelum kita semua puasa. Rindu sangat nak tawan puncak bukit/gunung. Tapi dengan keadaan sekarang memang cari pasal kalau tetap degil nak pergi. Mungkin boleh, tapi kena warm up badan dengan bukit2 yang rendah dan tak berapa mencabar kekuatan fizikal. Persoalannya...bila nya aku boleh join hiking semula?

Saturday, 27 May 2017

Ramadhan 1438 H

Alhamdulillah...
Ramadhan dah tiba. First thing yang ada dalam kepala...

"Moga Ramadhan kali ni lebih diberkati dan diredhai."

Kerna Ramadhan tahun lepas...status sebagai girlfriend orang. Beli baju raya sama-sama, photoshoot pakai baju raya matching warna, buka puasa sama-sama, baca Quran, sampai lah ke tarawih jemaah kat masjid. Semuanya sama-sama.

Bila fikir balik, apa yang aku buat, apa yang kami buat tu semuanya Allah tak redha. Aku tahu Allah tak suka, tapi aku still buat. Dan tak ada pula aku nak remind ex-boyfriend.
Berdosa nya aku sebab bawa diri dan orang lain ke jalan yang Allah tak redha 😭

Dan semalam...Allah bagi peluang dekat aku dengan sahabat untuk tarawih jemaah kat Masjid Besi; masjid yang sama aku pergi dengan ex-boyfriend tahun lepas.

Masa solat, rasa berdosa makin bertambah bila teringat yang aku jadi penyebab kepada ex-boyfriend turut buat dosa. Terus bila sampai rumah, aku pm dia kat Facebook. N masa solat juga, aku tanam azam dan mohon agar aku lebih redha dan boleh buka chapter baru dalam kisah hidup perjalanan sendiri.

"Mungkin Ramadhan kali ni terselit satu hikmah yang besar."

Harapnya...pertemuan terakhir aku dengan dia pada Ramadhan tahun lepas akan jadi pertemuan baru aku dengan jalan hidup yang lebih Allah redha.

Sunday, 14 May 2017

Masih...

"Apa yang patut aku buat dengan hidup aku?"

Hampir setiap hari, soalan yang sama aku tanya diri.
Lepas apa yang jadi, aku macam hilang track hidup aku.
Segala apa yang aku plan selama ni, terbang hilang macam tu ja.
Tak tahu sama ada nak gelak atau nak nangis. 

Jadinya, apa yang aku buat sekarang...just follow the flow. Apa yang Allah dah bagi dan aturkan dalam hidup aku, aku buat yang terbaik. No more hope, no more target. So, no more a terrible frustration.

Hari tu dah nekad nak futher master walaupun tak ready dan tak ada passion sangat utk sambung belajar lagi. Tapi disebabkan dah macam bengong apa yang patut aku buat dengan hidup aku ditambah pula dengan desakan fasa nak berdamai dengan takdir, aku plan nak redah aja belajar kat oversea.
Aku siap minta nasihat dari pensyarah dan pensyarah tolong cari scholarship offer tanpa aku minta.

But then...I got an email. I passed the job interview and I started working on early of April this year.
So...
Niat nak sambung master tu...aku hold dulu 😂
Pasai job offer tu, serius aku satu family terkejut. Ingatkan tak dapat dah.
Alhamdulillah...Allah permudah segala urusan.
Kereta, bilik sewa, roomate, officemate, bosses...so far so good.

Just...emosi dan minda aku yang ngok ngek skit. Kejap okay, kejap down macam orang tak ada iman.
Kerja kat Putrajaya...hmm...lagi buat luka tu tak sembuh2. Toilet office dah jadi saksi berapa kali entah tengok aku nangis macam orang bodoh kat situ 😥


"On a second thought, again, everything takes time, kan?" 
- Dash (Anthem | Hlovate) 

Sukar untuk aku nak berdamai dengan takdir. 
Rasa redha dan ikhlas itu...
Belum lagi sepenuhnya melekat di hati

Move on yang aku inginkan...
Bukan mencari seorang pengganti
Tapi...
Untuk terus bangkit dan jalani hidup dengan lebih positif dan gembira,
gembira dengan cara tersendiri

Tak pernah aku sangka
Tak pernah aku bayang
Bahwa sampai sebegini rupa aku cintakan seorang lelaki 

Sakit itu...
Masih lagi terasa hingga saat ini
Ya Allah...

Saturday, 11 February 2017

Bunga Masih Layu...

Aku...
Sampai saat ini, masih bergelut untuk berdamai dengan takdir.
Masih lagi ada tika nya, aku menangis bagai anak kecil yang terjatuh dan minta dipeluk, dicium, ditenang oleh sang ibu.

Luka yang kononnya sudah nampak hampir sembuh itu...kembali berdarah. Tanpa henti mengalir hingga terasa basah seluruh jiwa.

Jika aku punya pilihan, pastinya pada Tuhan aku mohon.
Mohon agar masa diputarkan kembali. Mohon agar walau dengan cara apa sekalipun, jangan adakan pertemuan, perkenalan dan percintaan itu.

Namun...tetap...apa yang berlaku itu dengan izin Allah Taala.
Pertemuan itu ialah anugerah. Perkenalan itu ialah anugerah. Percintaan itu ialah anugerah, jua ujian buat aku, buat dia, buat kami.
Dan perpisahan itu...ialah anugerah, ujian jua musibah buat kami.

Sama ada ia bunga yang mekar, mahupun bunga yang layu...
Segalanya...hadiah dari Tuhan.
Jadinya...terima dan hargai.

Perlu sentiasa ingat dan diingatkan
Mekarnya bunga tak akan bertahan selamanya
Begitu jua layunya bunga tak selamanya akan berkeadaan begitu.

Friday, 7 October 2016

Good People Around Me


"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran."

Al-Kahfi: ayat 28


Alhamdulillah...until now Allah surrounds me with a lot of good people. They bring and give me blessings and teach me to live this life meaningfully.

Perubahan pada diri banyak didorong oleh orang-orang di keliling aku, mostly by my friends. Lima tahun belajar dalam kelas aliran agama really encouraged me to change from a good to better person than before. I remember one of the changes happened in 2010. I started to wear socks and soon, before I further my study in Form Six, I started to wear handsocks. No one forced me to change. Changes that I made, Alhamdulillah...Allah bagi hidayah dan kesedaran through the great attitude of people around me. You know what...they (my friends, my classmates yang lagi alim dari segi penampilan) treated me nicely. They didn't criticized or questioned why I didn't wear tudung labuh, socks and handsocks. Ustazah-ustazah also treated me nicely. From this...I really believed that someone can change to be a better person more efficiently through our great attitude.


Berdakwah dengan tunjuk teladan dan amalkan sikap yang baik. 
In shaa Allah...orang lebih mudah lembut hati dan diberi kesedaran untuk berubah :)


Although the changes that I made were a little bit slow and took step but Alhamdulillah...I can istiqamah (maintain) until now.

Then...in 2013, I started to wear tudung labuh. That changes happened after abah came back from Makkah, performed his umrah. Abah had slow-talk with me.

Abah said, "Kak su dah janji dengan abah nak pakai tudung labuh. (sebenarnya aku tak pernah berjanji pun. Hee...Abah saja kata dengan ekspresi muka yang agak serius)
Dosa kak su...abah yang tanggung."

Honestly, at that time memang aku tak ready lagi nak pakai tudung labuh. Tak macam perubahan penampilan yang aku buat dulu (wear socks and handsocks). But, the statement "dosa kak su...abah yang tanggung" buat aku berubah untuk pakai tudung labuh walaupun hati sedikit memberontak.

It's not easy to change ourselves. Either dari segi penampilan or sikap. But, it becomes easier when we already have intention to change. When we intend to change and wanna become a better person than before, Allah make an easy way for us to do so. Cuz...in any situation, Allah is always there for us :)

Bila tengok/muhasabah diri pasai akhlak, I also encouraged to practice good habits from people around me. Pray solat sunat dhuha, recite Al-Kahfi on Friday, perform sujud syukur after solat fardhu. Tu antara amalan baik dan terpuji yang aku dapat daripada sahabat-sahabat rapat aku, and until now aku still struggle buat semua tu sebagai amalan (yes... sometimes, aku buat. Sometimes, aku tak buat. Iman naik turun. Hmm...doakan aku.)

If people ask me, what's make me to change?
The answer is kalau orang lain boleh buat, kenapa aku tak boleh dan tak nak buat?
Kenapa kita mesti nak cari alasan untuk berubah?


There's a friend said, 
"Kadang-kadang, nak berubah kena paksa diri. Paksa diri buat walaupun tak berapa ikhlas. Lama-lama, in shaa Allah...hang akan rasa pelik dan tak senang duduk kalau hang tak buat." 



Hayani Adlina | Panglima Harapan 
7 Muharram 1438H

Tuesday, 12 April 2016

Aku Kembali


Assalamualaikum...

Last entry February 2013. Tetiba malam ni, 11 April 2016 rasa nak update diari online ni :D
Sejak ada Instagram n WeChat, memang malas yang amat nak update blog. Sebab tak ramai yang follow, so memang buat derk ja kat blog.

Almost 3 years...
Memang a lot of unexpected things happen n banyak benda yang aku lalui.
Suka duka, manis pahit, gembira sedih...


"Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)".

Ali Imran: 140

Makin meningkat usia, makin banyak masalah yang kita hadap. Masalah kecik, masalah besaq. Tanpa masalah, tanpa ujian, kita akan lemah untuk hadap cabaran yang mendatang. 
Bukan tu ja, hikmah di sebalik apa yang jadi. Bukan saja-saja Allah bagi ujian pada kita. Mungkin hikmahNya, kita tak nampak dalam masa terdekat. Tapi, mungkin pada satu hari nanti, yang Allah saja tahu. 





Hati...
Tenanglah...
Allah ada. 
Dia tahu apa yang aku rasa
Dan Dia tahu segala niat aku.

Kerna aku seorang pendosa. 
4 Rejab 1437

Sunday, 24 February 2013

Balik Kampung

Assalamualaikum...
:) :) Mukadimahkan post kali ni dengan senyuman. Hee~
 Senyum itu satu sedekah. So, senyum bila jumpa orang, bila tulis blog. Hehe... Senyum, tak perlu kata apa-apa kan? Besides, it's free. Yeah!

Dah lama juga aku tak update blog. Bukan malas tapi tak dak cita yang gempak tuk dikongsikan bersama-sama. For this post, aku just nak cita pasal aku balik kampung. Yeah! Balik kampung. Satu perkara yang buat aku excited.

Kenapa aku excited?

Sebab pertama, suasana kampung yang sangat mendamaikan. Sawah padi terbentang luas, dengan pokok2 nyok (pokok kelapa) yang melayup tinggi. Tapi, masa aku balik last week, bukan bendang hijau yang terbentang, tapi...


So dissapointed. Haha~




He's my uncle, Pak Cik Hashim :)


Sebab kedua, aku boleh merempit keliling kampung. Oh yeah! Disebabkan abah tak beli moto, so aku melepaskan kempunan dengan mengambil kesempatan ke atas moto pak cik. :D

Aku boleh bawa motor tu pon sebab kazen aku yang ajar. Kalu dak, sampai bebila tak reti. Aku merempit (ceh! merempitlah sangat aku ni.) waktu petang. Bukan sorang-sorang. Of course dengan kazen. Aku tak bapa cekap sangat dengan jalan-jalan kampung, pida pon banyak. Aku pening. Hehe..













Sebab ketiga, dapat main dengan sepupu-sepapat. Sembang, kongsi-kongsi cerita sampai pagi-pagi buta. Ada satu malam tu, kami tidur pukul 5 pagi! Huh! Gila! Time solat Subuh, suma liat nak bangun. Besok harinya, mereng (sewel) otak aku :D









Boling tin. Haha~ Just adik aku dengan sepupu lelaki yang main. Aku tidur time tu. Hehe...




Then, adik dengan sepupu lelaki pergi memancing dekat sungai besar. Tak memancing pun. Saja lepak dekat sungai. Huh..



Petang-petang pula, kami selalu lepak dekat meja ni. Makan2. Minum petang.  Apa orang cakap? Hi-tea kan? Memang best lepak dekat situ. Tambah pula dengan angin. Fuhh....



That's all. Tu ja gambar yang boleh aku share. Tu pon ehsan dari adik aku. Hohho~~ Harapkan aku, satu gambar pon tak akan ada.


Sekian. Thanks for reading this entry. Have a nice day :D

Thursday, 17 January 2013

AbouT my niece and Kota Puteri

Assalamualaikum...

First entry in 2013. Cepatnya masa berlalu. Rasa baru jejak tahun 2012.

It's a long and long time, my blog doesn't function well. Why? Cuz the owner doesn't know what to write, what to share. = =" 
My life is so simple right now. After the STPM, i just go to Kota Puteri, Selangor to help my older sister. Yaa... I become a babysitter. Hee~~

For me, it's a great experience. Saya dapat banyak pengalaman dan kemahiran how to take care a baby or lebih tepat lagi a kid. My beloved niece, umur dia dalam setahun lebih. She's a very active kid. Saya pikir, keaktifan yang ada pada anak sedara saya tu disebabkan susu Mamil Gold yang dia minum everday. Serious to say, she's so active. I think one day dia boleh jadi an athlete. Hehe...olahragawati at her school. Yaa...cuz she love to run. What she knows, run and run. Tengok dia, tak ada penat langsung. Orang yang tengok dia lari yang akan rasa penat. Haha... 

And I see that tahap kecerdikan yang dia miliki, quite amazing. Maybe again, bcuz of the Mamil Gold milk. hehhe... She's just see what the people doing around her, and she will do it. Macam kalau dia tengok saya tengah menari2 macam k-pop girls depan tv, dia pun akan ikut sama. Haha...

Saya jaga dia almost a month. Now, saya dah balik Kedah. Serious to say, I miss her a lot. Miss her so much! I must remember her everyday. Teringat semua perangai dia. Hohho... <crying... sob..sob>

Mention pasal Kota Puteri, it's a new place. Ada juga yang stay Selangor, tapi tak pernah dengar dan doesn't know a place named Kota Puteri. Bandar ni masih lagi dalam deveploment. Dekat dengan estate kelapa sawit. The location dekat dengan bandar Ijok dan Kuala Selangor. Universiti-universiti yang dekat dengan Kota Puteri are UNISEL and UiTM Puncak Alam. Yang jauh lebih sikit, UiTM Puncak Perdana. 

Asalnya, kak dan abang ipar stay dekat Bandar Baru Bangi. Cuz they buy a house in Kota Puteri (harga rumah lebih murah dan cantik. hehe), they need to move there. And abang ipar terpaksa ulang alik dari Kota Puteri ke KL setiap hari to work. Wahh...it's too far. So, tuk jimatkan masa, abang bought a motorcycle. Memang kesian tengok abang. Kakak pula nasib baik dapat tukar ke sekolah yang areanya dekat dengan rumah. Just take around 15 minutes to arrive. Kalu tidak, nasib kakak pun macam abang. Kena ulang alik ke Kajang for everyday. Huh...


Klik tuk besarkan

Di pintu masuk yang ada monumen Kota Puteri, (hah? monumen? yaa...something macam tugu yang state nama tempat. haha..) you all akan nampak signboard Lebuhraya Guthrie- ada tunjuk arah ke Rawang, KLIA, and two more yang saya lupa. hehe...
Kalau datang dari highway  utara, just masuk susur keluar Bukit Tagar. Jalan ni lebih dekat dengan Kota Puteri. Tapi, agak sunyi skit. Bila lalu jalan ni, akan nampak UNISEL.

And now, bila saya dah balik Kedah, abang terpaksa hantar anak dekat pengasuh yang mana dulunya pengasuh tu stay dekat Kedah, and one of my mom's best friend. Rumah pengasuh tu dekat Saujana Utama. Dekat juga dengan UiTM Puncak Alam. I saw that Saujana Utama lebih banyak membangun banding dengan Kota Puteri. 

So, right now, I just stay at home. Not working cuz my father not allowed me. Huhu~~ So sad. At the same time, ada perasaan cuak nak tahu result STPM. Borang permohonan UPU pun tak isi lagi. Tengah dok pikir2 nak amek course apa yang sesuai. 

I stop here for today. Have a nice day everyone! :D Thanks so much for reading this entry. Gomapsumnida... Hee~~

Sunday, 28 October 2012

SebuaH keMaaFaN

Assalamualaikum...
today is the last day for me to rest at home cuz tomorrow i need to come back to school. arghhh.... feel so lazy. hmm...

when i count the day that i'll sit for the stpm, hmm...just left almost 22 days more. oh god! just around the corner. nervous + afraid to face it. 

okay...back to the main point, "Sebuah Kemaafan". bila nak dekat exam, mesti suma orang akan minta maaf dan minta ampun dekat Allah SWT, parents, teachers, friends, right? so, the condition also goes same to me. but...there is a person that i feel very awkward to seek forgiveness.

actually, he's one of my closed friend. we're classmates. but, ada beberapa tahun yang lepas, dia ada buat salah dan silap dekat sahabat baik saya. dia jatuhkan maruah sahabat baik saya depan orang ramai, depan kawan-kawan kami juga. honestly to say, saya memang betul2 bengang dengan dia walaupun bukan saya yang kena macam tu. boleh bayang dak, kalau someone yang closed dengan kita, senang2nya menjatuhkan maruah kita depan orang lain dan dengan senang2nya minta maaf, what do you think? bcuz of my behaviour that is too busybody in his problem, dia cakap benda2 yang kesat dekat saya. yalah...sebab sahabat baik saya just berdiam diri tak balas balik apa pun. saya yang melebih2 pertahankan sahabat baik saya dan saya juga melebih2 marahkan dia.

anyone yang saya dah anggap sahabat baik memang secara tak langsungnya, saya terus anggap dah macam adik beradik sendiri. so, bila ada orang yang melukai hati dan jiwa sahabat2 baik saya, seolah2 orang tu pon macam melukai hati saya juga. that's why laa saya bengang.

so, lepas peristiwa tu, kami dah tak jadi macam dulu. dah tak rapat macam dulu. rasanya, dia dah pon delete saya dari friend's list facebook dia. very2 dissapointed sebab persahabatan yang dulunya harmoni bagai dah jadi sepi. saya penah cakap dekat dia yang walaupun saya terlalu marahkan dia, tapi saya tetap anggap dia as one of my friend. hmm...

saya pernah terpikir tahun lepas nak minta maaf dekat dia. yalah...apa2 pun, saya tetap juga buat salah. tapi...entahlah. maybe sebab perasaan ego? hmm...maybe yes or maybe no.

saya juga sememangnya tahu yang memaafkan kesalahan orang lain itu adalah satu perkara yang mulia. tapi, macam mana kalau kita tetap maafkan dia tapi jauh di sudut hati kita sebenarnya tidak ikhlas pun untuk nak maafkan dia? kiranya, kita maafkan kesalahan dia sebab kita tahu yang memaafkan kesalahan orang adalah perkara mulia. hmm..macam mana tu. benda ni lah yang jadi persoalan aku sejak sekian lamanya. tambah2 pula, tak lama lagi dah nak stpm.

persoalan tu, rasanya kena tanya ustaz or ustazah. tapi, kalau ada readers yang ada pendapat/pandangan or have something to say, just put your comment below. ok? :)

sekian. wassalam... thanks for reading my entry. have a nice day. may Allah bless u :)

Sunday, 16 September 2012

Keinsafan di Bumi EDO

Assalamualaikum...
Lamanya tak update blog! Macam dah berkurun, berabad sebab busy dengan trial stpm. Alhamdulillah...dah abis sumanya. And now...count on the real stpm in november. just around the corner, right? sangatlah takot!

Library sekolah ada buat macam2 pertandingan sebelum aku seat trial exam. Ada traditional games - congkak, batu seremban, cipta somthing dari benda yang terbuang, sudoku, sahibba and others. Aku participate create puisi. hahhaa... Macam tak percaya jaaa... Udahlah tak dak bakat, gagah jugak nak masuk. Saja cuba nasib. Mana tau kot2 menang. Kan? Hihi... Aku ingat kalu menang, aku nak publish kat blog.

So...menang ka tidak wei?

Hmm...dak pun. Sikit pon aku tak menang. Tapi takpa. Aku boleh try lagi kan? Before we win or achieve something, we will lost first. Bagi aku, kekalahan dan kesilapan ialah guru yang terbaik tuk kita capai sesuatu kejayaan. Dari kesilapan dan kekalahan, kita dapat experience tuk perbaiki something ke arah yang lebih baik.
So, walaupun kalah, aku tetap gak nak publish puisi aku tu. Haha... Yalah...penat jugak aku perah otak  siang malam pagi petang nak siapkan puisi ni. Agak seksa laa jugak..

Rupa2nya...aku menang laa! Yeah! Thanks bebanyak. Alhamdulillah...dpt hadiah, dpat naik stage. hihi..

Tema puisi aku- keinsafan / nur hidayah. Bagi aku, nak bikin satu puisi bukan mudah. Pepayah laa jugak bagi aku yang tak berapa nak ada bakat nak berpujangga. Masalah aku...nak buat mukadimah puisi amatlah payah sepayah buat pendahuluan karangan. Otak aku akan bagi idea tuk isi dulu. Hat mukadimahnya, otak kena proses beberapa saat campur minit tuk hasilkan satu pendahuluan yang benar2 mantOp. Nak tarik perhatian pembaca, hat mukadimah kena A+. Bukan aku yang cakap, tapi cikgu bahasa yang cakap.

Tuk pemula puisi, otak aku dapat ilham dari satu drama yang diimport dari Thai, Hiroshima Sky. Tahu enggak drama tu? Sapa yang penah tengok, mesti tau. Hat tak penah tengok, boleh scroll down tengok gambar hero, heroin yang menjayakan drama yang ditayangkan dekat NTV7 jam 10 pagi rasanya.


Sumber : Google

Aku suka tengok pompuan tu. Cumel tambah2 bila sengih :) Tapi...pelik bila pikiaq2 balik. Apa kaitan plak cita cinta dengan tema puisi aku? Hiroshima Sky tu just jadi idea tuk latar tempat ja. Sabit tu ada sakura lah, Masjid Kobe-masjid tertua di Jepun. 


Masjid Kobe

Word "Edo" plak dapat idea masa aku baca novel Hatiku di Harajuku karya Ramlee Awang Mursyid, novelis thriller no. satu di Malaysia. Bila baca novel tu, baru aku tau Edo tu Jepun. Ada peluang ni, aku nak suggest dekat sapa2 yang x baca lagi Hatiku di Harajuku, silalah baca. Sangatlah menarik, tertarik lagi Da Bomb. (Haha..nyempat lagi noh aku nie dok promote kat sini) Sahabat aku baca sampai masuk dalam mimpi dia. Memang dahsyat!

Ada ilham tterbang mai masa aku tengah belajar. Memang aku tak fokus sebab asyik dok pikiaq nak siapkan puisi sulung aku yang sangat agung pada pandangan dan takrifan aku. Haha... So, tanpa membuang masa lagi, sila hayati puisi / sajak / apa2 saja yang sewaktu dengannya. Anda boleh tinggalkan komen yang membina lagi bernas dan positif tuk aku lagi hebat dalam berpuisi ni :)

Langkahanku melewati guguran kelopak sakura
Tenang menyusuri
ditemani angin pagi yang berpuput lembut
Perlahan-lahan menghambat pergi
segala sang cobaan yang tertimpa
di atas pundak

Berat fikiran selama ini
menjadi lapang seluas langit
Bebas dari kedustaan dunia moden
Tika ini...
Terucap kalimah "Allah"...
Ya Allah dan Ya Allah...
Ucapan yang cukup beku
meniti di bibir sebelum tiba saat ini

Tersingkap kembali layar kehidupan masa lalu
yang karam benar
dalam lautan hiburan dunia yang tidak bertepi
Yang penuh noda dan kedosaan
Yang berkompaskan hawa nafsu
Yang alpa untuk sujud kepada Tuhan Yang Esa

Allah...
Mata terpejam
dan teralir titisan jernih keinsafan tanpa dipinta
Terus mengalir hingga terdengar 
hati berbisik-bisik agar
Masjid Kobe di seberang dijejak
mengharap keampunan dari Ilahi.

Sunday, 13 May 2012

keBimbangaN | RESDUNG! - seteru utama aku

assalamualaikum...first of all, entry ni cuma luahan hati aq pasal kesihatan diri yang makin merosot. salah satu masalah yang aku kena selesaikan dengan cepat : RESDUNG. oh god...dulu aq anggap benda ni remeh ja. ringan ja n tak akan jadi kronik. but...i was wrong. makin lama, resdung makin bermaharajalela di tubuh badan aku ni. aiyak...bila jadi resdung, jerawat pon makin lama makin hebat di muka aku ni. tensyen tak ada tahap. geram sungguh ni.

masa jawab exam tadi, aku macam terganggu sikit ngan apa yang kawan aku cita pasal effect resdung ni. ya Allah...takotnya aku sampai runsing. bila runsing, abis sakit pala aq. nasib baik laa, aku boleh gagah juga jawab BM2.

kawan aq penah marah aku sebab aku tak pergi berubat. dia cakap, kawan dia penah masok wad sebab resdung. Allah...terkejut aq bila dengaq dya cakap macam gitu. ada orang kena operate n aq? x mao operate lah...takot. last2, kengkawan aq suggest satu tempat nie. ustaz yang rawat. guna ayat2 Al-Quran n kaedah tradisional. so, aq terpaksa ajak mama pergi situ. kalu mama tak bley, i need to force my frenz to accompany me. hihi...

resdung aq nie bukan ja menyebabkan jerawat kat muka aku yang cumel nie, hahah..ayat tak bley blah. okeyh2..smbung balik. bila bersin plak, sakit tekak2 aku. hidung jadi sebu, kembang abis. kalah kembang semangkuk. hahhaa.. then, kalu sampai terok lagi, luka abis hidung aq. aduhh...nasib baik tak sampai meleleh2 darah kluaq. kalu jadi gitu, mao pengsan aq. then again, bila trlampau kerap bersin, akan rasa mcm demam. tp, tak demam sbnaqnya. sakit kpla gila2 punya.

allergic aku nie memang terok sebab aq kena sejak umoq 3 tahun rasanya. seafood memang tak leh makan lngsong. ayam, daging tak leh makan. just ikan yang bley makan. tue pon, kena hat fresh betoi. kalu dak, bukan tkat bersin dr pagi smpai ke petang, tp gatal abis mata2 aku. thats why laa, mata aku tak bersinar macam mata Maya Karin. biaq p lah aku makan smpai beribu-ribu botol inner shine, tak kan shine2 punyalah mata aku ni. senang ctanya, aq kena jd vegetarian. oh god... aq dah laa tak bapa suka sangat makan sayur.

walaupun aku allergic seafood, tp kadang2 aku bantai makan ja. gila kot. tak tahan aku bila tgk orang lain bley makan dengan riang rianya. pmakanan aq kdg2 tu plak mcm mkanan owg dlm pantang. hahah... kiranya aq nie brpantang sbelum berpantang dlm erti yg sebenarnya. :D

bila resdung bley kurang, jerawat pon akan kurang juga. tue pon, aku kena totally pantang benda yang tak bley dimakan di samping amek ubat dari klinik kulit. aduyai...macam2 sungguh aq nie. memang bila dah kluaq u nanti, aku kena cari keja yang hebat, yang bley dapat gaji tinggi. maintenance tuk kesihatan aku dah cecah bapa ribu dah. (tgh menggeleng2kan kpala).. :D

okeyh. i stop here. have a nice day yaa. sekian.